BAHASA MELAYU KERTAS 2
PENULISAN
BAHAGIAN C
Nota :
1. Dalam bahagian ini, calon akan diberi satu soalan dan dikehendaki membuat ulasan.
2. Bahagian C memperuntukkan sebanyak 20 markah dan masa yang dicadangkan untuk
menjawab bahagian ini ialah 20 minit.
3. Ulasan yang dibuat mestilah berdasarkan bahan rangsangan yang diberi iaitu petikan.
4. Antara jenis petikan yang dikeluarkan dalam Bahagian C ialah cerita, dialog, rencana,
pantun, sajak, berita, laporan, surat dan catatan.
5. Ulasan yang ditulis mestilah dalam satu perenggan dan panjang ulasan mestilah mengikut
kehendak soalan iaitu tidak lebih 50 patah perkataan.
6. Markah yang tinggi akan diberi kepada calon yang dapat membuat ulasan yang tepat dengan
menggunakan ayat yang gramatis dan penggunaan tanda baca, ejaan dan imbuhan yang betul.