AZIZAH BINTI BERDAN. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Lembaran kerja 2

Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

           Pada suatu hari, Kumar berjalan kaki pulang dari padang permainan. Tiba-tiba dia ternampak seorang budak telah dilanggar oleh sebuah kereta. Pemandu kereta itu terus memecut keretanya tanpa menolong budak itu. Kumar berlari untuk membantu budak itu. Kumar melihat darah mengalir keluar dari mulutnya. Dengan segera Kumar menahan sebuah kereta yang kebetulan melalui tempat kejadian. Kumar meminta bantuan pemandu kereta itu untuk menghantar mangsa ke hospital. Keesokan harinya, Kumar membawa buah tangan ketika menziarah budak itu. Kumar menceritakan peristiwa itu kepada keluarga mangsa. Keluarga mangsa mengucapkan terima kasih. Kumar berasa sangat gembira kerana keadaan budak itu sudah stabil. Namun begitu, dia kesal akan sikap tidak bertanggungjawab pemandu kereta yang telah melanggar budak itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lembaran Kerja 1

Tulis lima pengajaran yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Nani merupakan anak sulong dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dann penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-beradiknya. Nani juga sangat rajin membantu ibu dan ayahnya di rumah. Apabila ibunya memasak, Nani akan menjaga adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya sangat manja dengan Nani. Dia juga ringan tulang membantu adik-adiknya menyiapkan kerja sekolah. Di sekolah, Nani sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang baik hati dan peramah. Bukan sahaja pintar tetapi Nani seorang yang berdisiplin. Setiap hari dia membersihkan kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas Enam Bestari sentiasa ceria dan bersih. Nani juga amat gemar belajar secara berkumpulan. Mereka berbincang dan menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Nani dan kawan-kawannya mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Merekalah yang bakal mengharumkan nama sekolah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

contoh gambar nilai-nilai murni yang patut dicontohi

menolong rakan di dalam kesusahan
gotong-royong membersihkan kawasan sekitar
menjaga kebersihan alam sekitar

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tatabahasa


BAHASA MELAYU TAHUN 5

Kata ganti Nama Diri

Jawab Soalan Yang Diberikan Di bawah Ini........Selamat Mencuba Murid-murid

  1. Murid-murid tahun lima Mawar sedang belajar. ____________ memberikan tumpuan ketika guru mengajar.
    1. saya
    2. mereka
    3. dia
    4. kita
  2. "___________ berasa dukacita apabila melihat rakyat jelata ditimpa bencana, " titah Sultan Ahmad.
    1. beta
    2. saya
    3. dia
    4. kita
  3. Puan Rosnah : Mengapakah _________ tidak hadir semalam?
    Izzati : Saya demam, cikgu.
    1. dia
    2. mereka
    3. saya
    4. kamu
  4. Puan guru Besar tiada di sekolah. _________ Beliau bermesyuarat.
    1. kamu
    2. saya
    3. Beliau
    4. Baginda
  5. "Adik _________ belajar dalam tahun satu, " beritahu Hakim kepada kawan-kawanya.
    1. saya
    2. kamu
    3. Beta
    4. Baginda
  6. "________ mohon ampun tuanku," kata memanda menteri kepada Sultan Mansur Syah.
    1. saya
    2. Patik
    3. baginda
    4. Dia
  7. " ___________ akan pastikan sekolah ini akan menjadi sekolah cemerlang pada masa hadapan," ucap Puan Guru Besar kepada guru-guru dan murid-murid.
    1. Beta
    2. Kamu
    3. mereka
    4. saya
  8. " Sila hantar buku latihan ________ di meja saya," arah Puan Salbiah kepada murid-muridnya.
    1. mereka
    2. kalian
    3. dia
    4. saya
  9. Jururawat : Nama ________ akan dipanggil sebentar lagi. Sila duduk, ya.
    Encik Ahmad : Baiklah. Terima kasih.
    1. saya
    2. encik
    3. dia
    4. engkau
  10. Menteri Besar akan mengadakan lawatan kerja di Selangor. _________ akan diiringi oleh beberapa orang pegawai.
    1. dia
    2. Beliau
    3. Baginda
    4. Mereka
  11. _________ bertiga akan didenda kerana datang lewat ke sekolah.
    1. Dia
    2. Beliau
    3. Baginda
    4. Mereka
  12. "Para hulubalang diraja telah berjaya menangkap penjahat itu, ___________, " kata Tuan Tuah kepada Sultan Melaka.
    1. awak
    2. tuanku
    3. baginda
    4. beta
  13. " ___________ akan didenda jika membuat bising," kata Puan Aishah kepada murid-muridnya.
    1. saya
    2. mereka
    3. kalian
    4. dia
  14. Iman seorang murid yang rajin . ______ disenangi oleh semua guru di sekolahnya.
    1. Dia
    2. Beliau
    3. Baginda
    4. Mereka
  15. ___________ akan dijemput untuk merasmikan majlis anugerah itu.
    1. Dia
    2. beliau
    3. Baginda
    4. Mereka
  16. ___________ hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri.
    1. kita
    2. dia
    3. saudara
    4. mereka
  17. Sultan Perak akan berangkat ke Jepun untuk lawatan kerja. __________ Beliau akan diiringi oleh Menteri Besar.
    1. dia
    2. Beliau
    3. Baginda
    4. Mereka
  18. Ali : Siapakah nama _________?
    Murid Baru : Nama saya Hakim.
    1. saya
    2. awak
    3. dia
    4. tuanku
  19. Rozane sedang menangis kerana _____ takut disuntik oleh jururawat.
    1. dia
    2. baginda
    3. Beliau
    4. Mereka
  20. " ___________ akan pergi ke Pulau Pangkor minggu depan," beritahu Hakim dan Iman kepada Ali.
    1. aku
    2. kami
    3. saya
    4. dia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS