AZIZAH BINTI BERDAN. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Pantun Nasihat

 
 
 
Pergi mendaki Gunung Daik,
Hendak menjerat kancil dan rusa;
Bergotong-royong amalan yang baik,
Elok diamalkan setiap masa.
 
 
Pakai baju warna biru,
Pergi ke sekolah pukul satu;
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.
 
 
Budak-budak berkejar-kejar,
Rasa gembira bermain di sana;
Kalau kita rajin belajar,
Tentu kita akan berjaya.
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HALAMAN UTAMA

BAHASA MELAYU KERTAS 2
PENULISAN
BAHAGIAN C
Nota  :
1.  Dalam bahagian ini, calon akan diberi satu soalan dan dikehendaki membuat ulasan.
2.  Bahagian C memperuntukkan sebanyak 20 markah dan masa yang dicadangkan untuk
     menjawab bahagian ini ialah 20 minit.
3.  Ulasan yang dibuat mestilah berdasarkan bahan rangsangan yang diberi iaitu petikan.
4.  Antara jenis petikan yang dikeluarkan dalam Bahagian C ialah cerita, dialog, rencana,
     pantun, sajak, berita, laporan, surat dan catatan.
5.  Ulasan yang ditulis mestilah dalam satu perenggan dan panjang ulasan mestilah mengikut
     kehendak soalan iaitu tidak lebih 50 patah perkataan.
6.  Markah yang tinggi akan diberi kepada calon yang dapat membuat ulasan yang tepat dengan
     menggunakan ayat yang gramatis dan penggunaan tanda baca, ejaan dan imbuhan yang betul.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


 
 
 
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS