AZIZAH BINTI BERDAN. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Memaparkan catatan dengan label LEMBARAN KERJA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LEMBARAN KERJA. Papar semua catatan

Lembaran Kerja


Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

            Amri telah berusaha mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya. Walaupun telah dua tahun menamatkan pengajian, dia masih lagi menganggur. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung.

            Di kampung, Amri mengerjakan kebun ayahnya. Namun, hasil yang diperoleh terlalu sedikit. Banyak tanaman di kebunnya yang tidak menjadi. Setelah diselidiki rupa-rupanyakaedah yang digunakan olehnya sudah tidak sesuai. Tambahan pula, ulat-ulat sering menyerang tanamannya.

            Amri telah membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan daripada pihak Jabatan Pertanian di kawasannya. Amri berusaha keras untuk memulihkan kebun ayahnya. Akhirnya dengan tunjuk ajar daripada pihak Jabatan Pertanian, dia telah berjaya mengusahakan kebunnya itu. Dia percaya bahawa berbudi kepada tanah memang mendatangkan hasil. Kini, Amri telah menjadi seorang petani yang berjaya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lembaran Kerja


Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Suatu ketika dahulu, kucing dan tikus bersahabat baik. Pada suatu hari, kucing mendapat khabar bahawa tempat kediaman mereka akan ditenggelami air. Kucing berasa sangat risau, lalu menceritakannya kepada tikus.
“ Jangan bimbang, nanti aku buatkan sampan daripada ubi kayu,” kata tikus. Di dalam hutan terdapat banyak ubi kayu yang besar. Tikus memakan ubi kayu tersebut di bahagian atas dan dalam. Ubi kayu tersebut ditunjukkan kepada kucing. Kucing gembira melihat sampan yang diperbuat daripada ubi kayu itu.
Tidak berapa lama kemudian, hujan mulai turun. Tempat tinggal mereka telah dinaiki air. Tikus dan kucing menaiki sampan yang diperbuat daripada ubi kayu itu. Namun, setelah lama di atas sampan, tikus berasa lapar lantas memakan sampan tersebut. Air mulai masuk ke dalam sampan. Tikus berenang ke tepian. Kucing yang terjaga daripada tidur amat terkejut. Kucing terus berenang ke daratan. Di daratan, kucing terus mengejar tikus. Sehingga kini, jika ternampak tikus, kucing akan mengejar binatang itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lembaran Kerja


Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Nadia              :  Hai, Asima. Bagaimanakah keadaan awak ?
Asima              :  Hai, Nadia. Saya sihat sahaja. Sekarang di Jepun mengalami musim dingin.
                           Cuaca sangat sejuk, tetapi saya bersyukur kerana ini semua adalah anugerah.
Nadia              :  Memang benar kata kamu Asima. Perubahan cuaca yang kamu alami tidak
                           dapat dialami di negara kita. Kini, di Malaysia mengalami musim hujan yang
                           telah berlarutan selama sebulan.
Asima              :  Bagaimana kamu hendak melakukan aktiviti seharian? Tidak terganggukah
                           bekalan makanan kamu ?
Nadia              :  Semua aktiviti harian saya telah berubah, namun saya masih pergi ke sekolah
                           kerana takut ketinggalan dalam pelajaran. Bekalan makanan telah disediakan
                           lebih awal oleh ibu bapa saya.
Asima              :  Baguslah kalau begitu. Seronok saya berbual dengan awak kerana saya dapat
                           menambah ilmu pengetahuan saya.
Nadia              :  Saya juga seronok berbual dengan kamu. Terima kasih sudi menjadi sahabat
                           saya.
Asima              :  Sama-sama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LEMBARAN KERJA


Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
            Zarul merupakan murid baharu di sekolah itu. Dia baru  berpindah kerana mengikut bapanya. Zarul masih tidak mempunyai kawan. Hashim dan Harun menegur Zarul  dan mengajak Zarul menyertai mereka. Hashim dan Harun merupakan murid yang nakal di sekolah itu. Disebabkan Zarul masih baharu di sekolah itu, dia berasa selamat berkawan dengan mereka.
            Lama-kelamaan, Zarul terpengaruh dengan perangai Hashimdan Harun. Zarul mula ponteng sekolah dan merokok. Zarul juga kerap menganggu pelajar-pelajar lain kerana terpengaruh dengan tingkah laku rakannya itu.
            Pada suatu hari, Cikgu Ayuni telah memeriksa beg sekolah anak muridnya. Cikgu Ayuni menjumpai sekotak rokok di dalam beg Zarul. Cikgu Ayuni telah menasihati Zarul agar tidak melakukan perkara itu lagi. Cikgu Ayuni juga telah menyenaraikan nama Zarul dalam pemerhatiannya. Zarul sangat menyesal. Dia tidak mahu memburukkan nama keluarganya. Kini, Zarul  lebih menumpukan perhatian kepada pelajarannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lembaran Kerja



Lembaran Kerja




Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

            Amri telah berusaha mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya. Walaupun telah dua tahun menamatkan pengajian, dia masih lagi menganggur. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung.

            Di kampung, Amri mengerjakan kebun ayahnya. Namun, hasil yang diperoleh terlalu sedikit. Banyak tanaman di kebunnya yang tidak menjadi. Setelah diselidiki rupa-rupanyakaedah yang digunakan olehnya sudah tidak sesuai. Tambahan pula, ulat-ulat sering menyerang tanamannya.

            Amri telah membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan daripada pihak Jabatan Pertanian di kawasannya. Amri berusaha keras untuk memulihkan kebun ayahnya. Akhirnya dengan tunjuk ajar daripada pihak Jabatan Pertanian, dia telah berjaya mengusahakan kebunnya itu. Dia percaya bahawa berbudi kepada tanah memang mendatangkan hasil. Kini, Amri telah menjadi seorang petani yang berjaya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lembaran Kerja 3

Tuliskan lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang tulisan Kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Cantik sungguh si bunga raya,
Lima kelopak cantik menawan;
kalau mahu hidup berjaya,
Usaha dan doa mesti diamalkan.

Kampung Daik aman sentosa,
Hidup muafakat dalam harmoni;
Buatlah baik kepada semua,
Kelak dirimu akan dihormati.

Pohon damak di tengah hutan,
Batangnya sekah dililit rotan;
Sikap tamak perlu dielakkan,
Selalu bersedekah untuk kebajikan.

Kuih bahulu buat hidangan,
Mari dihidang di atas pinggan;
Tuntutlah ilmu jauh diperantauan,
Menjadi panduan masa hadapan.


JAWAPAN CONTOH

        Antara pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah, kita hendaklah rajin berusaha dan sentiasa berdoa jika mahu berjaya dalam hidup. Selain itu, kita perlu hidup secara muafakat dalam sebuah masyarakat agar sentiasa aman dan damai. Seterusnya, kita seharusnya berbuat baik kepada semua orang agar kita dihormati. Di samping itu, kita sewajarnya selalu bersedekah untuk membantu orang yang susah. Akhir sekali, kita mestilah menuntut ilmu untuk kegunaan pada masa hadapan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lembaran kerja 2

Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

           Pada suatu hari, Kumar berjalan kaki pulang dari padang permainan. Tiba-tiba dia ternampak seorang budak telah dilanggar oleh sebuah kereta. Pemandu kereta itu terus memecut keretanya tanpa menolong budak itu. Kumar berlari untuk membantu budak itu. Kumar melihat darah mengalir keluar dari mulutnya. Dengan segera Kumar menahan sebuah kereta yang kebetulan melalui tempat kejadian. Kumar meminta bantuan pemandu kereta itu untuk menghantar mangsa ke hospital. Keesokan harinya, Kumar membawa buah tangan ketika menziarah budak itu. Kumar menceritakan peristiwa itu kepada keluarga mangsa. Keluarga mangsa mengucapkan terima kasih. Kumar berasa sangat gembira kerana keadaan budak itu sudah stabil. Namun begitu, dia kesal akan sikap tidak bertanggungjawab pemandu kereta yang telah melanggar budak itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lembaran Kerja 1

Tulis lima pengajaran yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Nani merupakan anak sulong dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dann penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-beradiknya. Nani juga sangat rajin membantu ibu dan ayahnya di rumah. Apabila ibunya memasak, Nani akan menjaga adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya sangat manja dengan Nani. Dia juga ringan tulang membantu adik-adiknya menyiapkan kerja sekolah. Di sekolah, Nani sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang baik hati dan peramah. Bukan sahaja pintar tetapi Nani seorang yang berdisiplin. Setiap hari dia membersihkan kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas Enam Bestari sentiasa ceria dan bersih. Nani juga amat gemar belajar secara berkumpulan. Mereka berbincang dan menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Nani dan kawan-kawannya mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Merekalah yang bakal mengharumkan nama sekolah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS