Hendak belayar ke Teluk Betong,
Sambil mencuba labuhkan pukat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat .
Pakai baju warna biru,
Pergi ke sekolah pukul satu;
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.
Budak-budak berkejar-kejar,
Rasa gembira bermain di sana;
Kalau kita rajin belajar,
Tentu kita akan berjaya .
Pergi ke sawah menanam padi,
Singgah di sungai menangkap ikan;
Hidup hendaklah
bersendikan budi,
Sifat sombong jangan amalkan.
Parang tajam tidak berhulu,
Buat menetak si pokok Ru;
Bila belajar tekun selalu,
Jangan ingkar nasihat guru.
Pergi ke kedai
naik beca,
Beca dinaik
bersama tamu;
Rajin-rajin adik membaca,
Membaca
baik menambah ilmu.
Pagi – pagi mendengar cerita,
Cerita dari
cikgu Rohaya;
Hidup kita punya cita-cita,
Untuk
berjasa dan berjaya.
Adik ke kedai membeli halia,
Emak memesan membeli laksa;
Jadilah insan berhati mulia,
Baik hati berbudi bahasa.
Jangan pergi mandi di lombong,
Emak dan kakak sedang mencuci;
Jangan suka bercakap bohong,
Semua kawan akan membenci.
10 comments:
pak latif dudu berangan meluang masa di tepi kali sikap positif jadikan amalan berputus asa jangan sekali
pak latif dudu berangan meluang masa di tepi kali sikap positif jadikan amalan berputus asa jangan sekali
ahus
bagus
Pantun Negara milik kita
Asyik mengait buah mempelam Untukku beri padamu dinda
Kuatkan semangat tekatkan azam Seiring doa ayah dan bonda
Sekawan keli sekawan kelah
Dari lata berenang ke muara
Elakkan diri dari masalah
Hidup kita tenang gembira
Indah nian sinar senja,
Jiwa nan tenang terusik rindu;
Sudah berbulan terkurung di desa,
Covid-19 hikmah diburu.
Ok
sungguh wangi air perada,
untuk direnjis anak mak bedah,
jika ilmu penuh didada,
kerja yang susah menjadi mudah.
apakah nasihat untuk pantun ini?
Catat Ulasan