AZIZAH BINTI BERDAN. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Lembaran Kerja 3

Tuliskan lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang tulisan Kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Cantik sungguh si bunga raya,
Lima kelopak cantik menawan;
kalau mahu hidup berjaya,
Usaha dan doa mesti diamalkan.

Kampung Daik aman sentosa,
Hidup muafakat dalam harmoni;
Buatlah baik kepada semua,
Kelak dirimu akan dihormati.

Pohon damak di tengah hutan,
Batangnya sekah dililit rotan;
Sikap tamak perlu dielakkan,
Selalu bersedekah untuk kebajikan.

Kuih bahulu buat hidangan,
Mari dihidang di atas pinggan;
Tuntutlah ilmu jauh diperantauan,
Menjadi panduan masa hadapan.


JAWAPAN CONTOH

        Antara pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah, kita hendaklah rajin berusaha dan sentiasa berdoa jika mahu berjaya dalam hidup. Selain itu, kita perlu hidup secara muafakat dalam sebuah masyarakat agar sentiasa aman dan damai. Seterusnya, kita seharusnya berbuat baik kepada semua orang agar kita dihormati. Di samping itu, kita sewajarnya selalu bersedekah untuk membantu orang yang susah. Akhir sekali, kita mestilah menuntut ilmu untuk kegunaan pada masa hadapan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan