Untuk mendapat markah yang
cemerlang, calon dinasihatkan mengikut langkah- langkah yang betul untuk
menjawab soalan bahgian C.
Langkah- langkah yang perlu
dilakukan untuk menjawab soalan bahagian C ialah seperti berikut :
1. Membaca dan memahami kehendak dan arahan
soalan.
Calon mestilah membaca soalan dengan teliti dan mencari kunci soalan.
Contoh petikan soalan ialah “ Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh
daripada petikan di bawah. Panjang jawapan mestilah tidak melebihi 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.”
Dalam
arahan di atas terdapat 3 maklumat penting iaitu “ lima pengajaran” , “ tidak
melebihi 50 patah perkataan”, dan “ satu
perenggan”. Lantaran itu, calon mestilah mematuhi kehendak soalan itu. Ada
juga soalan yang menghendaki calon menulis nilai
murni serta nilai murni dan
pengajaran.
2. Membaca petikan kali pertama
Calon
dinasihatkan membaca petikan sekali lalu bagi mendapatkan gambaran awal tentang
maklumat dalam petikan. Pastikan calon boleh menceritakan kembali dengan
menyatakan isi cerita, watak dan tempat. Calon juga dinasihatkan membaca dengan
oenuh perasaan agar mudah memahami petikan yang di beri.
3. Mencatat nilai murni atau pengajaran
Seterusnya,
calon membaca sekali lagi dan menggarisi ayat atau perkataan yang mempunyai
pengajaran atau nilai murni. Calon dinasihatkanmencari seberapa banyak
pengajaran atau nilai murni yang terdapat dalam petikan walaupun hanya 5
pengajaran atau nilai murni yang perlu diulas.
4. Membuat ulasan lengkap
Setelah menyenaraikan semua pengajaran dan nilai murni yang terdapat
dalam petikan, calon mesti memilih hanya lima pengajaran atau nilai murni untuk
membuat ulasan. Pastikan ulasan yang dibuat dalam satu perenggan. Calon dinasihatkan
membuat ulasan dengan menyatakan pengajaran atau nilai murninya dan sertakan
huraian contoh yang merujuk petikan.
5. Menyemak
Selepas
menulis jawapan, semak struktur ayat, penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan
dan ejaan. Pastikan ulasan berdasarkan petikan yang diberi. Jika boleh kira
panjang perkataan agar tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.
3 comments:
Terus amalkan yang betul..
Biasakan yang betul
punda
bagus
Catat Ulasan