AZIZAH BINTI BERDAN. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

PANDUAN ASAS MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C



Untuk mendapat markah yang cemerlang, calon dinasihatkan mengikut langkah- langkah yang betul untuk menjawab soalan bahgian C.
Langkah- langkah yang perlu dilakukan untuk menjawab soalan bahagian C ialah seperti berikut :

1.       Membaca dan memahami kehendak dan arahan soalan.
Calon mestilah membaca soalan dengan teliti dan mencari kunci soalan. Contoh petikan soalan ialah “ Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan mestilah tidak melebihi  50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Dalam arahan di atas terdapat 3 maklumat penting iaitu “ lima pengajaran” , “ tidak melebihi 50 patah perkataan”, dan “ satu perenggan”. Lantaran itu, calon mestilah mematuhi kehendak soalan itu. Ada juga soalan yang menghendaki calon menulis nilai murni serta nilai murni dan pengajaran.

2.       Membaca petikan kali pertama
Calon dinasihatkan membaca petikan sekali lalu bagi mendapatkan gambaran awal tentang maklumat dalam petikan. Pastikan calon boleh menceritakan kembali dengan menyatakan isi cerita, watak dan tempat. Calon juga dinasihatkan membaca dengan oenuh perasaan agar mudah memahami petikan yang di beri.

3.       Mencatat nilai murni atau pengajaran
Seterusnya, calon membaca sekali lagi dan menggarisi ayat atau perkataan yang mempunyai pengajaran atau nilai murni. Calon dinasihatkanmencari seberapa banyak pengajaran atau nilai murni yang terdapat dalam petikan walaupun hanya 5 pengajaran atau nilai murni yang perlu diulas.

4.       Membuat ulasan lengkap
Setelah menyenaraikan semua pengajaran dan nilai murni yang terdapat dalam petikan, calon mesti memilih hanya lima pengajaran atau nilai murni untuk membuat ulasan. Pastikan ulasan yang dibuat dalam satu perenggan. Calon dinasihatkan membuat ulasan dengan menyatakan pengajaran atau nilai murninya dan sertakan huraian contoh yang merujuk petikan.

5.       Menyemak
Selepas menulis jawapan, semak struktur ayat, penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan dan ejaan. Pastikan ulasan berdasarkan petikan yang diberi. Jika boleh kira panjang perkataan agar tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Unknown berkata...

Terus amalkan yang betul..
Biasakan yang betul

Unknown berkata...

punda

Unknown berkata...

bagus

Catat Ulasan