Tulis lima
pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang
jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Amri telah berusaha mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya.
Walaupun telah dua tahun menamatkan pengajian, dia masih lagi menganggur.
Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung.
Di kampung, Amri mengerjakan kebun
ayahnya. Namun, hasil yang diperoleh terlalu sedikit. Banyak tanaman di
kebunnya yang tidak menjadi. Setelah diselidiki rupa-rupanyakaedah yang
digunakan olehnya sudah tidak sesuai. Tambahan pula, ulat-ulat sering menyerang
tanamannya.
Amri telah membuat keputusan untuk
mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan daripada pihak Jabatan Pertanian di
kawasannya. Amri berusaha keras untuk memulihkan kebun ayahnya. Akhirnya dengan
tunjuk ajar daripada pihak Jabatan Pertanian, dia telah berjaya mengusahakan
kebunnya itu. Dia percaya bahawa berbudi kepada tanah memang mendatangkan
hasil. Kini, Amri telah menjadi seorang petani yang berjaya.
0 comments:
Catat Ulasan