AZIZAH BINTI BERDAN. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Memaparkan catatan dengan label INFO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFO. Papar semua catatan

PANDUAN MENGHASILKAN ULASAN YANG CEMERLANG

PANDUAN MENGHASILKAN ULASAN YANG CEMERLANG

1.  Banyak membaca buku cerita, cerpen dan novel. Setiap buku yang dibaca mestilah dianalisis  pengajaran atau nilai murni yang ada dan membuat catatan dalam buku catatan.

2. Menghafal pengajaran dan nilai murni yang telah dipelajari dan menghafal rangka jawapan agar  mudah menjawab soalan semasa peperiksaan.

3.  Membuat latih tubi mengenali ayat-ayat yang mempunyai pengajaran atau nilai murni agar calon biasa dengan ayat-ayat tersebut.

4.  Membuat kerja NILAM dengan  bersungguh-sungguh kerana program NILAM banyak membantu calon menjawab Bahagian C.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KELEMAHAN-KELEMAHAN CALON


KELEMAHAN-KELEMAHAN CALON KETIKA MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C



1. Calon tidak dapat mengecam pengajaran atau nilai murni yang terdapat dalam petikan.

2. Calon menyalin teks soalan dan menjadikannya sebagai ulasan dengan mengambil contoh perkataan dalam teks.

3. Ulasan yang dibuat terlalu panjang dan ada juga yang terlalu panjang dan ada juga yang terlalu pendek dengan tidak membuat sebarang huraian.

4. Calon hanya menyenaraikan pengajaran atau nilai murni menggunakan nombor tanpa sebarang huraian.

5.  Membuat ulasan yang tidak berkaitan petikan soalan dan melakukan banyak kesalahan tatabahasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS



Rakyat Malaysia pelbagai kaum hidup harmoni dan bekerjasama. Saling menghormati kebudayaan kaum masing-masing.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PANDUAN ASAS MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C



Untuk mendapat markah yang cemerlang, calon dinasihatkan mengikut langkah- langkah yang betul untuk menjawab soalan bahgian C.
Langkah- langkah yang perlu dilakukan untuk menjawab soalan bahagian C ialah seperti berikut :

1.       Membaca dan memahami kehendak dan arahan soalan.
Calon mestilah membaca soalan dengan teliti dan mencari kunci soalan. Contoh petikan soalan ialah “ Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan mestilah tidak melebihi  50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Dalam arahan di atas terdapat 3 maklumat penting iaitu “ lima pengajaran” , “ tidak melebihi 50 patah perkataan”, dan “ satu perenggan”. Lantaran itu, calon mestilah mematuhi kehendak soalan itu. Ada juga soalan yang menghendaki calon menulis nilai murni serta nilai murni dan pengajaran.

2.       Membaca petikan kali pertama
Calon dinasihatkan membaca petikan sekali lalu bagi mendapatkan gambaran awal tentang maklumat dalam petikan. Pastikan calon boleh menceritakan kembali dengan menyatakan isi cerita, watak dan tempat. Calon juga dinasihatkan membaca dengan oenuh perasaan agar mudah memahami petikan yang di beri.

3.       Mencatat nilai murni atau pengajaran
Seterusnya, calon membaca sekali lagi dan menggarisi ayat atau perkataan yang mempunyai pengajaran atau nilai murni. Calon dinasihatkanmencari seberapa banyak pengajaran atau nilai murni yang terdapat dalam petikan walaupun hanya 5 pengajaran atau nilai murni yang perlu diulas.

4.       Membuat ulasan lengkap
Setelah menyenaraikan semua pengajaran dan nilai murni yang terdapat dalam petikan, calon mesti memilih hanya lima pengajaran atau nilai murni untuk membuat ulasan. Pastikan ulasan yang dibuat dalam satu perenggan. Calon dinasihatkan membuat ulasan dengan menyatakan pengajaran atau nilai murninya dan sertakan huraian contoh yang merujuk petikan.

5.       Menyemak
Selepas menulis jawapan, semak struktur ayat, penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan dan ejaan. Pastikan ulasan berdasarkan petikan yang diberi. Jika boleh kira panjang perkataan agar tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS