Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh
daripada petikan di bawah.
Suatu ketika dahulu,
kucing dan tikus bersahabat baik. Pada suatu hari, kucing mendapat khabar
bahawa tempat kediaman mereka akan ditenggelami air. Kucing berasa sangat
risau, lalu menceritakannya kepada tikus.
“ Jangan bimbang, nanti
aku buatkan sampan daripada ubi kayu,” kata tikus. Di dalam hutan terdapat
banyak ubi kayu yang besar. Tikus memakan ubi kayu tersebut di bahagian atas
dan dalam. Ubi kayu tersebut ditunjukkan kepada kucing. Kucing gembira melihat
sampan yang diperbuat daripada ubi kayu itu.
Tidak berapa lama
kemudian, hujan mulai turun. Tempat tinggal mereka telah dinaiki air. Tikus dan
kucing menaiki sampan yang diperbuat daripada ubi kayu itu. Namun, setelah lama
di atas sampan, tikus berasa lapar lantas memakan sampan tersebut. Air mulai
masuk ke dalam sampan. Tikus berenang ke tepian. Kucing yang terjaga daripada
tidur amat terkejut. Kucing terus berenang ke daratan. Di daratan, kucing terus
mengejar tikus. Sehingga kini, jika ternampak tikus, kucing akan mengejar
binatang itu.
0 comments:
Catat Ulasan