Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Pada suatu hari, Kumar berjalan kaki pulang dari padang permainan. Tiba-tiba dia ternampak seorang budak telah dilanggar oleh sebuah kereta. Pemandu kereta itu terus memecut keretanya tanpa menolong budak itu. Kumar berlari untuk membantu budak itu. Kumar melihat darah mengalir keluar dari mulutnya.
Dengan segera Kumar menahan sebuah kereta yang kebetulan melalui tempat kejadian. Kumar meminta bantuan pemandu kereta itu untuk menghantar mangsa ke hospital. Keesokan harinya, Kumar membawa buah tangan ketika menziarah budak itu. Kumar menceritakan peristiwa itu kepada keluarga mangsa. Keluarga mangsa mengucapkan terima kasih.
Kumar berasa sangat gembira kerana keadaan budak itu sudah stabil. Namun begitu, dia kesal akan sikap tidak bertanggungjawab pemandu kereta yang telah melanggar budak itu.
0 comments:
Catat Ulasan