Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Lembaran kerja 2
Lembaran Kerja 1
Tulis lima pengajaran yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Nani merupakan anak sulong dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dann penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-beradiknya. Nani juga sangat rajin membantu ibu dan ayahnya di rumah. Apabila ibunya memasak, Nani akan menjaga adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya sangat manja dengan Nani. Dia juga ringan tulang membantu adik-adiknya menyiapkan kerja sekolah. Di sekolah, Nani sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang baik hati dan peramah. Bukan sahaja pintar tetapi Nani seorang yang berdisiplin. Setiap hari dia membersihkan kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas Enam Bestari sentiasa ceria dan bersih. Nani juga amat gemar belajar secara berkumpulan. Mereka berbincang dan menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Nani dan kawan-kawannya mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Merekalah yang bakal mengharumkan nama sekolah.
contoh gambar nilai-nilai murni yang patut dicontohi
gotong-royong membersihkan kawasan sekitar
menjaga kebersihan alam sekitar
Tatabahasa
BAHASA MELAYU TAHUN 5
Kata ganti Nama Diri
- Murid-murid tahun lima Mawar sedang belajar. ____________ memberikan tumpuan ketika guru mengajar.
- saya
- mereka
- dia
- kita
- "___________ berasa dukacita apabila melihat rakyat jelata ditimpa bencana, " titah Sultan Ahmad.
- beta
- saya
- dia
- kita
- Puan Rosnah : Mengapakah _________ tidak hadir semalam?
Izzati : Saya demam, cikgu.- dia
- mereka
- saya
- kamu
- Puan guru Besar tiada di sekolah. _________ Beliau bermesyuarat.
- kamu
- saya
- Beliau
- Baginda
- "Adik _________ belajar dalam tahun satu, " beritahu Hakim kepada kawan-kawanya.
- saya
- kamu
- Beta
- Baginda
- "________ mohon ampun tuanku," kata memanda menteri kepada Sultan Mansur Syah.
- saya
- Patik
- baginda
- Dia
- " ___________ akan pastikan sekolah ini akan menjadi sekolah cemerlang pada masa hadapan," ucap Puan Guru Besar kepada guru-guru dan murid-murid.
- Beta
- Kamu
- mereka
- saya
- " Sila hantar buku latihan ________ di meja saya," arah Puan Salbiah kepada murid-muridnya.
- mereka
- kalian
- dia
- saya
- Jururawat : Nama ________ akan dipanggil sebentar lagi. Sila duduk, ya.
Encik Ahmad : Baiklah. Terima kasih.- saya
- encik
- dia
- engkau
- Menteri Besar akan mengadakan lawatan kerja di Selangor. _________ akan diiringi oleh beberapa orang pegawai.
- dia
- Beliau
- Baginda
- Mereka
- _________ bertiga akan didenda kerana datang lewat ke sekolah.
- Dia
- Beliau
- Baginda
- Mereka
- "Para hulubalang diraja telah berjaya menangkap penjahat itu, ___________, " kata Tuan Tuah kepada Sultan Melaka.
- awak
- tuanku
- baginda
- beta
- " ___________ akan didenda jika membuat bising," kata Puan Aishah kepada murid-muridnya.
- saya
- mereka
- kalian
- dia
- Iman seorang murid yang rajin . ______ disenangi oleh semua guru di sekolahnya.
- Dia
- Beliau
- Baginda
- Mereka
- ___________ akan dijemput untuk merasmikan majlis anugerah itu.
- Dia
- beliau
- Baginda
- Mereka
- ___________ hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri.
- kita
- dia
- saudara
- mereka
- Sultan Perak akan berangkat ke Jepun untuk lawatan kerja. __________ Beliau akan diiringi oleh Menteri Besar.
- dia
- Beliau
- Baginda
- Mereka
- Ali : Siapakah nama _________?
Murid Baru : Nama saya Hakim.- saya
- awak
- dia
- tuanku
- Rozane sedang menangis kerana _____ takut disuntik oleh jururawat.
- dia
- baginda
- Beliau
- Mereka
- " ___________ akan pergi ke Pulau Pangkor minggu depan," beritahu Hakim dan Iman kepada Ali.
- aku
- kami
- saya
- dia